PERTANDINGAN INOVASI



PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN DAN KAUNSELING KEBANGSAAN
6-7 MAC 2013  l  DEWAN SULTAN ISMAIL
UNIVERSITI TUN HUSSIEN OON MALAYSIA
BATU PAHAT, JOHOR, MALAYSIA

Hasil rekacipta dan inovasi berkaitan mana-mana sub tema adalah dialu-alukan.  Sila kemukakan abstrak/ringkasan projek 250 perkataan bersama dengan nama, afiliasi dan alamat emel kepada perkamaevent@gmail.com
Abstrak/ringkasan projek boleh dikemukakan dalam Bahasa Melayu atau pun Bahasa Inggeris, dan persembahan boleh dilakukan dalam salah satu bahasa berkenaan.
Tarikh akhir penerimaan abstrak adalah 20 Februari 2013. Abstrak yang dihantar perlu mengikut format yang ditetapkan seperti dalam web di bawah.



 
1.   OBJEKTIF
a)      Mengembangkan kebolehan dan penciptaan pelajar dalam bidang pendidikan dan kaunseling ke platform yang lebih tinggi;
b)     Memupuk budaya penyelidikan dan rekacipta dalam kalangan pelajar sebagai salah satu ‘corporate social marketing’; dan
c)      Membina jenama Universiti dalam kalangan pelajar

2.   KELAYAKAN PENYERTAAN
a)    Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah,  menengah, institut pengajian tinggi (IPT), Institut kemahiran dan semua yang berkaitan dengan bidang pendidikan
b)   Rekacipta/Inovasi yang dihantar hendaklah belum pernah memasuki mana-mana pertandingan sebelum ini
c)    Rekacipta/Inovasi boleh dihantar secara individu atau berkumpulan
d)    Umur peserta pertandingan terbuka kepada semua pelajar

3.   BIDANG
Bidang yang dipertandingankan ialah:
a)    Bimbingan dan Kaunseling (Modul, projek, bilik kaunseling dan sebagainya)
b)   Sains Sosial dan Kemanusiaan (Pendidikan, Sastera dan sebagainya)
c)    Sains Tulen (Fizik, Kimia, Biologi dan sebagainya) atau Sains Alam Sekitar
d)    Kejuruteraan (Rekacipta Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat)

4.   KATEGORI
Pertandingan dibahagikan kepada 2 kategori utama iaitu

Kategori A : BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Sub-Kategori 1: MODUL
Modul latihan, modul bimbingan dan penasihatan, modul aktiviti dalam kelas, pembinaan modul, penilaian dan perancangan modul dan yang berkaitan
         
          Sub-Kategori 2: BUKU
Buku yang berkaitan dengan program bimbingan dan kaunseling, pembimbing rakan sebaya, pembangunan modal insan, kemahiran insaniah dan sebagainya

          Sub-Kategori 3: KREATIVITI/SENI
Hasil kreativiti/seni dalam kaunseling seperti sajak, pantun, puisi, lukisan, drama, muzik, kempen dan yang berkaitan dengan kreativiti

          Sub-Kategori 4: BILIK KAUNSELING
Pembangunan dan pemantapan serta penggunaan bilik kaunseling. Hasil boleh dalam bentuk gambar, prototaip, suasana sebanar dan sebagainya yang berkaitan.

          Sub-Kategori 5: PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Penawaran perkhidmatan, publisiti perkhidmatan, tatacara perkhidmatan, fail dan rekod perkhidmatan, pengurusan perkhidmatan dan yang berkaitan.

Kategori B : PENDIDIKAN

Sub-Kategori 1: PESAWAT ANGKASA DAN PESAWAT UDARA
Pesawat penerbangan dan angkasa – peralatan dan aksesori yang berkaitan

          Sub-Kategori 2: PERTANIAN
Perhutanan, penjagaan haiwan,  memancing, bahan makanan, tembakau, kilang-kilang, peralatan perkebunan, bekalan perkebunan, racun serangga, baja.

          Sub-Kategori 3: PAKAIAN
Pakaian, kasut, tekstil, jenis pakaian, barangan kemas, barangan peribadi atau untuk perjalanan, benang menjahit, pencucian.

          Sub-Kategori 4: AUTOMOTIF
Berkaitan dengan kereta, trak, enjin pembakaran, aksesori, berkaitan dengan motosikal.

          Sub-Kategori 5: PRODUK PENJAGAAN RAPI PERIBADI
                             Kosmetik, minyak wangi, penjagaan rambut, penjagaan kulit.

          Sub-Kategori 6: BAHAN KIMIA INDUSTRI
Sabun, petrokimia, bahan letupan, cat, pewarna, minyak kelapa sawit atau bahan kimia hasil keluaran getah atau bahan mentah industry, pelekat, polimer.

          Sub-Kategori 7: BANGUNAN DAN PEMBINAAN
Seni bina, kejuruteraan awam, bahan mentah dan peralatan, bangunan, bekalan air, asas pembinaan, pembentungan, kejuruteraan hidraulik.

          Sub-Kategori 8: BAHAN PENDIDIKAN
                             Bantuan mengajar, kaedah mengajar/produk

          Sub-Kategori 9: BAHAN ELEKTRIK/ELEKTRONIK/TELEKOMUNIKASI
Elemen asas elektrik, penjanaan kuasa, pemancaran kuasa, asas litar elektronik, system komunikasi, semikonduktor, peralatan, bahagian-bahagian, pengawalan dan sistem-sistem.

          Sub-Kategori 10: PERSEKITARAN
Berkaitan dengan tenaga, perlombongan, pertanian, bumi, perlindungan dan keselamatan, pembungan air, pembersihan.

          Sub-Kategori 11: KESIHATAN DAN KECERGASAN
Kebersihan peribadi, peralatan kecergasan, makanan kesihatan, peralatan terapi, barangan untuk membantu orang kurang upaya, peralatan perubatan/pembedahan, optic dan farmaseutikal.

          Sub-Kategori 12: BARANGAN RUMAH
Perabot, perabot dan aksesori, pendingin hawa, pemanas air, barangan dapur, peti sejuk, sistem kecemasan.

          Sub-Kategori 13: ALAT PANDANG DENGAR
                             Radio, televisyen, set hi-fi, kamera, sinematografi, aksesori

          Sub-Kategori 14: BAYI DAN PENJAGAAN ANAK
                             Penjagaan prenatal, produk bayi, barangan bakal ibu, keperluan  bayi.

          Sub-Kategori 15: BAHAN-BAHAN
Logam Ferus, logan bukan Ferus, aloi, rawatan logam, proses elektrolik, peralatan, tumbesaran Kristal, rawatan permukaan, teknologi penghakisan, kerja-kerja logam.

          Sub-Kategori 16: PERALATAN IDUSTRI
Mesin, enjin, pam, mesin atau enjin cecair, kejuruteraan umum, peralatan industri, peralatan pemprosesan.

          Sub-Kategori 17: PRODUK DAN PERCETAKAN PEJABAT
Alatulis, peralatan, proses-proses, percetakan, alas mesin, mesin taip, cap, penjilidan buku, album, fail, peralatan penulisan dan gambar rajah, seni perhiasan, pengiklanan.


          Sub-Kategori 18: SUKAN DAN PERMAINAN
Peralatan olahraga, jimnastik, barangan sukan, barang permainan, permainan yang memerlukan kemahiran, “board games”, alat-alat permainan, rekreasi
         
Sub-Kategori 19: PROSES PENGELUARAN
Proses fizikal, proses kimia, penghancuran, pengasingan magnetik atau elektrostatik, peralatan atau radas/pengemparan

          Sub-Kategori 20: PENGANGKUTAN
Kenderaan, landasan keretapi, bot, basikal, kapal, kapal terbang, pengangkutan, pesawat angkat, kelengkapan alat pengangkat, pengurusan cecair.

          Sub-Kategori 21: MULTIMEDIA
Penggunaan computer menggabungkan teks, suara, gambar, animasi dan video.

No comments:

Post a Comment